Percaya atau tak sebenarnya kedudukan tidur sepanjang hamil juga memberi kesan pada kesihatan seseorang ibu. Ya, tidak dinafikan pakar perubatan tidak menyarankan mereka yang hamil untuk tidur meniarap atau terlentang kerana ia tidak bagus untuk bakal ibu.
Bila dah usia kandungan pun sudah besar, jadi makin sukar untuk mendapatkan tidur yang lena. Semua posisi jadi tidak kena. Berpusing-pusing dibuatnya.
Jadi, seorang pegawai perubatan, Dr Muhammad Izzat berkongsi kebaikkan ibu mengandung tidur dengan posisi mengiring dan ini sebabnya.
Saya sarankan semua ibu mengandung untuk berbaring secara mengiring bila kehamilan dah mencecah 28 minggu.
Kenapa?
Kalau ibu berbaring terlentang pada 3 bulan terakhir kehamilan ( bermula 28 minggu), rahim yang besar boleh menekan salur darah utama dan kurangkan pengaliran darah pada rahim dan bekalan oksigen pada bayi akan terjejas.
Nak mengiring kiri ke kanan?
Pregnant woman, mana-mana boleh. Takda masalah.
Kalau memula tidur tu dah mengiring, tetiba bangun da terlentang. Macam mana?
Normal la tu posisi tidur berubah-ubah kan. Yang paling penting, masa nak berbaring – tak kisah la tidur waktu malam atau taking a nap, perlu mengiring kiri/kanan. Bila bangun tu da terlentang takpe.
Apakah risiko bayi meninggal secara tetiba sekiranya saya baring secara terlentang?
Kajian menunjukkan secara keseluruhan, risiko kematian bayi secara tiba-tiba berlaku dalam 1 dalam 500 kehamilan. Kajian terbaru telah mengesahkan bila ibu tidur mengiring, risiko bayi mati secara mengejut dalam kandungan ni dapat berkurang 50 peratus.
Sumber: Muhammad Izzat