Seperti yang diketahui, pembayaran bagi Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan telah bermula sejak 25 Mac yang lalu.
Pun begitu, pasti ramai yang keliru mengenai GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA.
Menerusi perkongsian oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau menjelaskan mengenai perbezaan di antara kedua-dua GKP itu.
Bagi GKP Tambahan PERMAI, individu yang layak adalah PKS mikro yang diluluskan di bawah GKP 1.0 dan 2.0.
Manakala, GKP 3.0 PEMERKASA pula haruslah menepati kriteria PKS mikro dan bagi penerima GKP 1.0 dan 2.0, anda akan terima secara automatik. Bagi permohonan baharu pula, ia adalah untuk PKS mikro yang tidak lulus atau tidak pernah menerima GKP sebelum ini, anda boleh membuat permohonan bermula 1 April hingga 15 April ini.
Berkaitan dengan jumlah bayaran di bawah GKP Tambahan PERMAI, PKS mikiro di negeri berstatus PKP akan menerima sebanyak RM1000 dan PKS mikro di negeri berstatus bukan PKP akan menerima sebanyak RM500.
Berbeza pula dengan GKP 3.0 PEMERKASA, RM1000 akan diberikan kepada semua PKS mikro yang layak.
Tarikh bayaran bagi GKP Tambahan PERMAI ialah pada 25 Mac hingga 31 Mac 2021, manakala GKP 3.0 PEMERKASA pula pada bulan Jun 2021.
Tengku Zafrul juga berharap agar individu yang belum lagi menerima bayaran GKP Tambahan PERMAI bersabar kerana bayaran akan dibuat selewat-lewatnya esok (31 Mac).
Saya terima banyak pertanyaan tentang GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA. Ramai yang keliru perbezaan antara…
Posted by Tengku Zafrul on Tuesday, March 30, 2021
Sumber: Tengku Zafrul