Siakap Keli

TERKINI: Status PKPB Di Enam Negeri, Wilayah Termasuk Selangor & KL Dilanjutkan

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri masih kekal.

Negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Keputusan tersebut dilakukan selepas mempertimbangkan trend kes semasa di semua negeri tersebut.

Selain itu, status PKPP di 10 lagi negeri dan wilayah juga kekal. Negeri-negeri dan wilayah berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

“Pengekalan status PKPB dan PKPP  bagi negeri-negeri ini akan bermula pada 1 April 2021 sehingga 14 April 2021, kecuali Sarawak yang bermula hari ini (30 Mac 2021) sehingga 12 April 2021,” katanya.

Tambahnya lagi, SOP di semua negeri masih lagi sama seperti sebelum ini.

Sumber: BERNAMA TV

Sofea

There's always another side to every story