Siakap Keli

(Video) Merdunya Suara, Hannah Delisha Alun Bacaan Selawat Al-Fateh Bikin Netizen Terpaku

Mungkin ramai yang masih belum ‘lupa’ lagi tentang perkahwinan si gadis comel, Hannah Delisha baru-baru ini. Teringat lagi, waktu hebahan mengejut itu ramai ‘abang-abang’ kita yang ‘crush’ dengan Hannah terduduk kecewa.

Tapi tak mengapalah. Sudah takdir Hannah ada pilihannya sendiri, maka kita semua harus reda dan terima segala suratan yang berlaku ini. Alhamdulillah, suami pilihan Hannah pun baik orangnya.

Bercakap pasal Hannah ni, ramai juga yang ‘tersentuh’ hati dengan penghijrahannya. Keputusan pelakon anak kelahiran Singapura ini untuk memperbaiki penampilan ke arah yang lebih baik iaitu bertudung pada tahun lepas diterima ramai.

Begitulah orang kata, kalau akhlak baik, hati baik, siapa pun mesti akan sayang. Terbaharu, suaminya Imam Shah ada berkongsi satu video Hannah mengalunkan bacaan selawat di Twitter.

Apa yang membuatkan netizen ‘sebak’ adalah Hannah mengalunkan bacaan itu dengan penampilan yang masih bertelekung dan bersederhana. Sudahlah baik, merendah diri, malah sama-sama mempertingkatkan amalan lagi.

Menurut perbincangan sesama netizen, selawat yang dialunkan Hannah itu adalah bacaan selawat Al-Fatih. Mungkin suka melihat penampilannya, ramai jugalah netizen yang memujinya.

Difahamkan, selain melalui fasa ‘berbulan madu’ setelah mendirikan rumah tangga bersama beberapa minggu lalu, pasangan pengantin baharu yang ‘humble’ ini juga kini sedang mengikuti kelas-kelas agama untuk bekalan ‘di sana’.

Imam Shah sebelum ini turut pernah berkongsi video mereka berdua sedang menimba ilmu dipercayai dengan cara bertalaqqi dengan seorang guru agama yang digelar Ustaz Shafiq.

Alhamdulillah, sejuk mata memandang melihat mereka berdua. Bulan Ramadan pun sudah hampir tiba. Manalah tahu Imam Shah dan Hannah Delisha ada perancangan mereka sendiri ketika bulan suci itu nanti.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga kekal jodoh mereka sampai syurga. Ameen.

Sumber: Twitter Imam Shah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'