Siakap Keli

“Assalamualaikum Anak Soleh Ku”, 10 Tahun Sabar Menanti, Irwansyah & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama

Pasangan selebriti dari Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar dilapor telah menimang cahaya mata pertama mereka semalam.

Menerusi kiriman di Instagram Irwansyah, isterinya telah melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki.

Bersalin melalui pembedahan, bayi itu lahir dengan berat 3.4 kg.

“Alhamdulillah, Ukkasya sihat walafiat, mohon sentiasa doakannya,” katanya.

Dia juga berterima kasih kepada sesiapa yang terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagian buatnya dan isteri.

Ia pastinya momen yang amat bahagia buat pasangan itu kerana sudah  10 tahun mereka menanti untuk mendapatkan cahaya mata pertama itu.

Sumber: Irwansyah_15

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.