Siakap Keli

Dulu Kancil Sekarang Porsche, Ini Rahsia Bekas Penjual Nasi Lemak

“Gawat-gawat ni founder boleh hadiah empat kereta sport?” Siapa yang tak bersyukur ada majikan yang baik kan?

Memiliki founder yang baik dan menghargai penat lelah adalah salah satu nikmat terbesar bagi pekerja. Apatah lagi dalam situasi gawat, menerima bonus atau hadiah daripada syarikat tentunya rezeki yang tak semua ejen dapat.

Bagi Siti Azlina, nasibnya kini berubah selepas menjadi wakil jualan produk kecantikan tempatan, MEERACLE. Jika dahulu dia hanya menaiki Kancil untuk berniaga nasi lemak, kini, kereta yang dahulunya sekadar mimpi sudah menjadi realiti.

Baru-baru ini, MEERACLE telah menghadiahkan beberapa orang ejen cemerlang mereka termasuk Siti Azlina empat buah kereta sport sebagai penghargaan atas kerja keras ditunjukkan.

Menganggap ejen sebagai tulang belakang kejayaan syarikat di persada antarabangsa, MEERACLE telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menghadiahkan wakil jualan mereka kereta sport jenis Porsche 718 Cayman dan Ford Mustang 5.0 GT secara percuma.

“Antara kereta sport yang akan dibawa pulang oleh seorang wakil jualan MEERACLE yang mencatat prestasi sangat luar biasa pada tahun 2020 ialah sebuah Porsche 718 Cayman.

“Manakala tiga buah Ford Mustang 5.0 GT akan dibawa pulang oleh wakil jualan MEERACLE yang menerima Anugerah Jualan 2021,” kata Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE, Bella Luna.

Bukan itu sahaja, MEERACLE juga bakal menghadiahkan beberapa buah kereta mewah kepada stokis dan ejen yang menunjukkan prestasi terbaik selama tujuh bulan sejak September 2020 sehingga Mac 2021 ini.

Jelas Bella, majlis penyerahan kunci akan diadakan bersempena kempen ‘The Rising Star’ di mana setiap level ejen yang menunjukkan prestasi terbaik akan menerima kereta Volkswagen baharu secara percuma.

Ujarnya, penghargaan itu adalah penghargaan atas kejayaan semua ejen, stokis dan wakil jualan MEERACLE yang berjaya mencapai sasaran jualan walaupun ketika pandemik.

“Hal ini (pandemik) bukanlah penghalang untuk semua ejen dan stokis kami untuk terus mencapai sasaran jualan, malah jualan mereka lebih tinggi ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan,” katanya.

Kongsi Bella, anugerah itu adalah satu motivasi kepada semua ejen dan stokis serta wanita di luar sana yang ingin mengubah nasib menjadi usahawan wanita yang berjaya.

“Jadi usaha dan penat lelah mereka itu kami nilai dan hargai dengan menghadiahkan kereta sports mewah yang berjumlah jutaan ringgit ini.

“Anugerah ini adalah sebagai salah satu motivasi kepada mereka untuk terus bersemangat mengorak langkah untuk terus berjaya dan menjadi dengan MEERACLE.”

“Malah ia juga dianggap sebagai salah satu pembakar semangat kepada semua golongan wanita di luar sana untuk mengubah nasib mereka dan menjadi usahawan wanita yang berjaya,” tambah Bella.

Berkongsi perkembangan terkini tentang syarikatnya, Bella percaya MEERACLE akan terus berjaya dengan produk serum dan pencuci muka terbaharu iaitu MEERACLE Gemstone Facial Serum & Cleanser Advance Formula yang bakal diketengahkan tidak lama lagi.

Sejak bertapak pada 2015, produk utama, Gemstone Facial Serum telah membantu ramai pengguna menyelesaikan masalah kulit bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, tambah Bella.

MEERACLE juga telah membimbing para wanita menjana pendapatan lumayan melalui jualan produk mereka di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk MEERACLE, layari www.meeracle.com.my atau hubungi wakil jualan mereka bagi mendapatkan produk tersebut.

Amira

Love yourself.