Siakap Keli
Gambar Via Facebook FAM

Menawan, Casio Lancar Jam Tangan G-SHOCK Edisi Harimau Malaya

Casio dilaporkan telah melancarkan jam tangan edisi terhad G-SHOCK Harimau Malaya sebagai tanda sokongan kepada skuad bola sepak negara yang kembali beraksi dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menerusi kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan tersebut dengan nombor siri 001 dari Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro.

Jam tangan edisi Harimau Malaya itu menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9 yang didatangkan dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning.

Ia juga memiliki ukiran logo Harimau Malaya yang sekaligus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.

“Reka bentuk G-SHOCK memang sudah terkenal dengan rekaan yang mengikuti trend semasa sekali gus menepati citarasa remaja pada hari ini dan saya pasti jam tangan edisi terhad ini akan mendapat tempat di dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia,” kata Tezuka.

Dengan hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999.

Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.

Pelancaran jam tangan itu merupakan sebahagian daripada pengumuman  FAM pada hari ini yang telah menjalinkan kerjasama bersama Casio bermula pada pada 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Tajaan FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, tajaan daripada syarikat elektronik gergasi Jepun menerusi pengedar rasminya itu adalah tanda bola sepak negara telah mula mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta di dalam Malaysia.

Siaran Media: Casio Jalin Kerjasama Bersama FAMPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan telah…

Posted by Football Association of Malaysia on Wednesday, March 31, 2021

Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia