Siakap Keli

(Video) Ceroboh Ibu Pejabat Polis Indonesia, Individu Dipercayai Pengganas Ditembak Mati

Seorang individu dipercayai pengganas dilapor ditembak mati setelah menceroboh masuk Mabes Polri (Ibu Pejabat Polis Indonesia) di Jakarta.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Dalam video yang dikongsikan oleh BERNAMA itu, terdengar beberapa bunyi letupan dipercayai bunyi tembakan sebelum individu berkenaan dilihat rebah.

Bagaimanapun setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Berita lanjut menyusul.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.