Siakap Keli
Gambar: @AnimalsWorld

(Video)Penguin Menjerit Bunyi ‘Arghh’ Setelah Jatuh Terlentang, Sempat ‘Ditertawa’ Kawan Lain

Satu video berkenaan aksi seekor penguin yang terjatuh ketika berjalan telah menjadi tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan sekumpulan penguin yang sedang berjalan di sebuah kawasan yang berais.

Video tersebut tampak normal sehinggalah seekor penguin daripada kumpulan tersebut tergelincir dan terjatuh.

Apa yang menariknya ialah selepas seekor penguin tersebut terjatuh, penguin tersebut telah mengeluarkan bunyi.

Malah, kedengaran juga suara seperti ‘mengejek’ penguin yang terjatuh itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada penguin-penguin tersebut sedang ‘gelak’, atau pun ianya bunyi yang dikeluarkan oleh penguin yang terjatuh itu.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat sebanyak 70 ribu tontonan daripada warganet.

Sumber: @AnimalsWorld

Aqmal Ezany

I write what is right