Siakap Keli
Gambar: Zaky Mat Ali

“Pastikan Minyak Betul-betul Panas,” Resipi Popia Sira Rangup Bikin Terliur, Boleh Buat Juadah Berbuka Nanti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sedapnya kalau dapat makan popia untuk sarapan atau minum petang, kan? Dihidang bersama air teh ‘o’ suam, pasti nikmat.

Bagi penggemar popia, kadangkala rasa kecewa bila nak makan popia sira, kulitnya seakan sudah masuk angin dan sedikit liat. Jika nasib tak baik, dalamnya juga lompong dengan isi yang sekadar cukup syarat sahaja.

Untuk dapatkan popia sira yang sedap, rangup dan penuh isi, mari kita belajar membuat sendiri berpandukan resipi dikongsikan Encik Zaky Mat Ali ini. Katanya, resipi ini untuk 50 biji, khas dikongsikan jika anda ingin buat niaga. Untuk makan sendiri, anda boleh kurangkan sukatan mengikut jumlah yang dikehendaki.

Assalamualaikum sahabat semua, untuk kali ni saya nak kongsi resepi Popia Sira Rangup

Ni saya bagi resepi, boleh buat jualan bulan puasa nanti. Lihat facebook saya Zaky Mat Ali dan scroll ke bawah untuk banyak lagi resepi mudah dan sedap.

Bahan Inti:

Kobis, Sengkuang, Lobak Merah, Tauge
*tak suka tauge tak perlu letak

  1. Gaul rata semua bahan
  2. Letak inti atas kulit popia, gulung dan goreng.

Bahan Sira:

– Panaskan minyak, masukkan 9 sudu cili giling dan kacau.
– Masukkan 10 sudu gula
– Masukkan 2 sudu sos cili
– Masukkan setengah sudu garam

Dah masak boleh tabur biji bijan

Tips popia rangup:

-Gulung popia padat-padat
-Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng dengan api perlahan

Gambar: Zaky Mat Ali
Gambar: Zaky Mat Ali
Gambar: Zaky Mat Ali
Gambar: Zaky Mat Ali

Assalamualaikum sahabat semua, untuk kali ni saya nak kongsi resepi Popia Sira RangupNi saya bagi resepi, boleh buat…

Posted by Zaky Mat Ali on Friday, February 5, 2021

Sumber: Zaky Mat Ali

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.