Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Resipi Daging Dendeng Siap Dalam Masa 5 Minit, Juadah Berbuka Sepantas Kilat

Pejam celik tak sampai dua minggu je dari sekarang kita akan menyambut bulan Ramadan. Seperti tahun lalu, Ramadan kali ini juga akan disambut dalam keadaan norma baharu. Dengan pergerakan rentas negeri yang masih belum dibenarkan, anak perantau mesti dah terbayang juadah berbuka air tangan ibu. 

Salah satu menu buat ramai terliur di bulan Ramadan dan musim perayaan adalah hidangan daging dendeng. Sedapnya tak terkata. Uniknya masakan ini kerana ianya tahan lama selain tidak menggunakan santan dan dimasak hingga kering.

Terdapat pelbagai resipi yang korang boleh cuba untuk memasak daging dendeng pada bulan puasa atau bila-bila masa sahaja. Cuma, step untuk memasaknya agak panjang dan menggunakan bahan yang banyak.

Tapi, ada satu resipi daging dendeng paling sedap yang confirm menjadi. Orang tak pandai masak pun boleh cuba. Bahan yang digunakan dalam resipi ini amat mudah. Paling best, hanya perlu masak selama 5-10 minit je, daging dendeng korang dah siap untuk dimakan.

Fuh macam tak percaya kan? Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan resipi daging dendeng confirm menjadi seperti di bawah. Makan dengan nasi panas, nasi impit, pulut atau roti memang terangkat!

Bahan-bahan:

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 4 biji bawang putih
  3. 1 inci halia
  4. ½ inci lengkuas
  5. 3 batang serai
  6. 3 senduk lada kisar
  7. 2 senduk kicap lemak manis
  8. Daging dendeng LengQuas
  9. Minyak masak secukupnya

Cara memasak:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan lada kisar. Masak sehingga garing.
  3. Masukkan satu bekas daging dendeng LengQuas. Biarkan daging dengan api kecil@sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangus di bahagian bawah.
  4. Tambahkan kicap jika mahu.
  5. Masak hingga daging dendeng kering. Angkat dan hidangkan, siap untuk dimakan.

Resipi biasa selalunya memerlukan daging diperap terlebih dahulu bersama ½ mangkuk kicap tetapi apabila masak menggunakan daging dendeng LengQuas dah tak payah nak perap lagi sebab semua perasa dah siap digaul. Ha, inilah keistimewaan daging dendeng jenama LengQuas!

Lagi satu ini cara yang PALING SENANG untuk mudahkan korang. Dah tak payah pening sediakan bahan, ambil daging dendeng LengQuas terus masukkan dalam ketuhar, panaskan dalam beberapa minit dah boleh makan!

Ini disebabkan daging dendeng jenama LengQuas di bawah keluaran Kopetro merupakan makanan sejuk beku yang dihasilkan tanpa sebarang makanan pengawet. Ada bermacam lagi jenis makanan dan hidangan siap makan yang lazat boleh korang cuba! 

Terbaru, makanan tradisional keluaran LengQuas selain daging dendeng adalah daging lemak kuning, kari daging, asam pedas daging, kuah kacang selain dua menu makanan antarabangsa iaitu beef stew dan chicken glaze. Memang sedap sampai menjilat jari! Banyak lagi makanan yang ada, korang checkout je kat link ni kopetrofood.com.my okay?

Dah beli dan makan produk jenama LengQuas yang sedap sampai ketagih, takkan tak ada ganjaran. Ha, special untuk korang pembeli produk LengQuas sebab sekarang ni tengah ada peraduan makan dan menang sehingga 30 jun 2021!

Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk semua peserta bernilai sehingga RM100 ribu! Ada peralatan elektrik, peralatan memasak, peralatan dapur dan produk serta barangan dari LengQuas sendiri. Berbaloi-baloi kalau korang join sebab dapat makan makanan yang sedap dan boleh menang macam-macam hadiah best lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk LengQuas atau peraduan ini, korang layari sahaja laman web kopetrofood.com.my atau Facebook LengQuas

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.