Siakap Keli

(Video) Tips Hilangkan Kuali Hitam Berkerak Sampai Berkilat, Hanya Guna 5 Bahan Mudah Ini Je

Memang sakit mata apabila melihat kesan hitam hangus berkerak pada periuk. Dah disental menggunakan sabun berulang kali hingga bercalar periuk, kesan hitam tetap juga tidak hilang.

Sebenarnya, memang susah jika ingin menyental periuk yang sudah terlajak hangus tetapi jika menggunakan tips yang betul, masalah anda mungkin boleh diselesaikan.

Seorang pengguna akaun TikTok dikenali sebagai Nayla Azika telah berkongsi tips atau petua bagi menghilangkan kesan hitam pada periuk di rumah dengan cara mudah tanpa menggunakan bahan yang mahal.

Video yang mendapat 3.5 juta tontonan itu hanya menggunakan bahan seperti baking soda atau serbuk penaik, garam, pencuci sunglight, tisu dan cuka.

@azika.rf

smga ini bermanfaat ✌️✌️😎

♬ original sound – Nayla azika – Nayla azika

Biarkan cuka dalam tempoh kurang satu jam sebelum mencucinya semula

Meninjau ke ruangan komen, terdapat netizen mendakwa bahawa tips ini kemungkinann berkesan mengikut kuali atau periuk jenis tertentu sahaja.

Terdapat seorang netizen memberitahu, dia telah mencuba tips ini dan ternyata menjadi setelah dia mencurahkan cuka ke atas periuk dan membiarkan dalam tempoh kurang satu jam sebelum mencucinya semula.

Sumber: TikTok Nayla Azika

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.