Siakap Keli
Gambar: Tribun News

(Video)”Petang Nanti,” Ditanya Bila Nak Nikah Ketika Main ‘Game’, Lelaki Betul-betul Langsung Akad Nikah Petang Itu Juga

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bermain permainan video (PlayStation) sebelum majlis perkahwinannya berlangsung tular di media sosial.

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @duriduridam00 pada Isnin lalu.

Dalam video tersebut, pengantin lelaki yang berbaju hitam kelihatan sedang bermain PlayStation (PS) bersama dengan rakan-rakannya.

Perakam video tersebut kemudiannya mengajukan soalan kepada lelaki itu.

“Heh, main PS dulu, nikahnya bila?” tanya dia.

“Petang nanti…,” jawab lelaki tersebut.

Kemudian video tersebut menunjukkan bahawa pada sebelah petang, lelaki itu betul-betul berkahwin.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 11 juta kali.

Difahamkan bahawa video itu telah dirakam dan dimuat naik oleh Adam.

Adam menyatakan bahawa pengantin lelaki yang bernama Fajar itu adalah rakan sekerjanya.

Adam juga mengesahkan bahawa Fajar bermain PS beberapa jam sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Adam menyatakan bahawa momen yang menghiburkan itu terjadi pada Ahad di daerah Puncak, Bogor, Jawa barat, Indonesia.

“Ya, benar, main PS pada hari perkahwinannya,” kata Adam ketika disahkan oleh Tribun News.

Adam juga turut mendedahkan bahawa perkahwinan rakannya itu berlangsung di sebuah vila pada sebelah petang.

“Pada tengah hari, kami bermain PS terlebih dahulu, sementara menunggu majlis bermula,” kata Adam.

Sementara itu, vila tempat perkahwinan tersebut berlangsung dilaporkan hanya boleh dibenarkan masuk pada pukul 2.

“Sementara menunggu, kami main PS di sana dulu, dari pukul 11 hingga 1 tengah hari.

Adam, pengantin lelaki, dan rakan-rakannya yang lain kemudiannya telah pergi ke vila di mana majlis perkahwinannya berlangsung itu pada pukul 1.30 tengah hari.

@duriduridam00

definisi tar sore nikah.. wkwkwk #weddingvideo

♬ original sound – Adam aja – Adam aja

Sumber: Tribun News

" "