Siakap Keli
Gambar: Facebook

Mayat Mangsa Lemas Di Taman Tasik Cyberjaya Ditemukan

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) — Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Taman Tasik Cyberjaya di sini, semalam ditemukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 10.35 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 30-an itu ditemukan kira-kira 20 meter dari tebing tasik oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan operasi pencarian seawal 8 pagi.

“Identiti mangsa yang berpakaian singlet dan seluar berwarna hitam itu masih lagi belum diketahui,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas di Taman Tasik Cyberjaya di sini, kira-kira 12.30 tengah hari dan saksi kejadian dilaporkan melihat mangsa terkapai-kapai kira-kira 10 minit sebelum hilang daripada pandangan.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.