Sekurang-kurangnya 36 dilaporkan terkorban manakala 72 lagi cedera setelah kereta api dinaiki tergelincir di timur Taiwan pagi tadi.
Menurut Mothership.sg, memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Taiwan, Lin Chia-lung berkata, kereta api berkenaan sedang berada dalam perjalanan daripada Taipei ke Taitung.
Kereta api lapan gerabak yang lazimnya bergerak pada kelajuan 120 km/j itu dikatakan sedang membawa sekitar 350 penumpang sewaktu kejadian.
Gambar lokasi nahas yang dilaporkan tular memaparkan serpihan daripada kereta api ke kawasan sekitar dengan gerabak yang tersasar dari landasan.
Kemalangan ini disifatkan sebagai tragedi terburuk melibatkan kereta api dalam tempoh empat dekad di negara itu, tulis Mothership.sg.
Sumber: Mothership.sg