Siakap Keli

(Video) Akibat Tersangkut Dalam Jalan Sesak Teruk, “Autopilot” Tesla Ini ‘Mogok’ & ‘Putus Asa’, Minta Pemandu Ambil Alih Kawal Stereng

Kecanggihan teknologi hari ini menyaksikan pelbagai ciptaan terbaru dihasilkan. Semua ciptaan-ciptaan terbaru ini dihasil bagi memudahkan urusan kerja manusia setiap hari.

Kadang-kadang, ada teknologi yang kita rasa mungkin kita tak perlukannya, tapi apabila wujud, ia menjadi sangat ‘wow’ dan menarik untuk digunapakai.

Salah satunya adalah teknologi autopilot pada kenderaan. Bagi orang yang menikmati setiap detik pemanduan, pengalaman memulas stereng misalnya ketika di selekoh adalah sesuatu yang sangat mengujakan kan?

Berbalik kepada soal autopilot tadi, Tesla adalah salah satu jenama kereta elektrik global yang menjadi pendahulu dalam teknologi tersebut.

Bahkan, teknologi-teknologi tersebut sudahpun boleh ditemui dalam model-model kenderaan elektrik keluaran syarikat milik Elon Musk itu.

Namun, terjadi suatu perkara yang kami fikir agak melucukan apabila teknologi autopilot ini dilapor ‘berputus asa’ atau seolah-olah mogok dengan situasi jalan yang sesak gila, yang dipercayai berlaku di Vietnam.

Kisah ini menjadi viral apabila ia dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.

Berdasarkan video yang dikongsikan tersebut, sensor yang dipasang pada model Tesla berkenaan mengesan keadaan trafik di sekililinya.

Ketika itu, kereta berkenaan berada dalam keadaan pegun. Untuk beberapa ketika, sensor pintar Tesla cuba mengesan laluan berpotensi untuk memboleh kenderaan tersebut terus bergerak, namun akhirnya terpaksa mengalah sebelum simbol stereng keluar dan tertera pada bahagian skrin meternya.

Selain itu, satu frasa ”Take Over Immediately” turut muncul, mengarahkan si pemandu mengambil alih kawasalan steren. Malah, ia sensor kereta berkenaan turut memaklumkan bahawa ”Cruise control unavailble” yang menjadi petanda bahawa autopilot tidak dapat bekerja pada waktu itu.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen merasa lucu dengan insiden berkenaan.

Apa pun, tak sangka, teknologi moden pun terpaksa tunduk dengan kesesakkan jalan raya.

Sumber: Twitter

" "