Siakap Keli

Kenali Khasiat Dalam Setiap Warna Sayur Atau Buah-Buahan, Ada Yang Membantu Rendahkan Risiko Kanser

Mungkin di antara kita yang akan rasa teruja apabila berada di bahagia sayur dan buah-buahan di pasar raya. Mana tidaknya, warna-warni di rak dengan pelbagai jenis sayuran mahupun buah. Ada yang rasa seperti nak borong semua kerana warna yang ‘cute’.

Tapi, pernah tak korang terfikir bahawa setiap warna disebalik buah dan sayuran ini mempunyai khasiat yang tersendiri? Ya, bukan cantik dan menyelerakan je, sebenarnya warna-warna tersebut juga memainkan peranan dalam setiap pemakanan kita semua.

Menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan  bahawa bersempena bulan April merupakan bulan Pemakanan Malaysia, merek mengajak orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut tentang warna dan khasia buah dan sayuran ini.

Dalam satu kajian mengatakan bahawa lebih gelap warna sayur atau buah, lebih manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Berikut adalah penerangan lanjut untuk warna dan khasiatnya;

1. Ungu

Sayuran yang berwarna ungu ini mempunyai Anthocyanin iaitu berfungsi untuk merendahkan risiko kanser serta meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya ingatan.

2. Hijau

Sayuran yang berwarna hijau ini mempunyai khasiat penting selain daripada serat dan klorofil ia juga mengandungi tinggi zat besi. Fungsinya adalah untuk pembentukan sel darah merah, baik untuk penghadaman dan meningkatkan imuniti badan.

3. Oren

Sayur dan buahan yang berwarna oren ini mengandungi Beta-carotene iaitu sebagai antioksida yang dapat tingkatkan kesihatan mata dan agen anti-penuaan.

Akhir sekali, pihak KKM juga menyarankan orang ramai untuk mengubah gaya pemakanan ke arah yang lebih sihat seperti mengambil sayuran dan buahan setiap hari.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.