Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat kes positif baharu sebanyak 1,638 kes setakat hari ini. Angka tersebut melebihi daripada angka kes sembuh iaitu 1,449 kes.
Sehingga hari ini, jumlah kes aktif adalah 14,432 kes. Hal ini termasuklah dengan bilangan pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi sebanyak 167 termasuk 81 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lagi tiga kes kematian di negara ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 adalah sebanyak 1,286.
Berikut pecahan kes positif Covid-19 mengikut negeri.
Seperti yang kita lihat di bawah menunjukkan Perak melaporkan kes harian tertinggi baharu iaitu sebanyak 494 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes (98.4%) adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan. Kluster tempat kerja ini telah diumumkan pada 20 Februari 2021.
Status Terkini #COVID19, 3 April 2021
Kes sembuh= 1,449
Jumlah kes sembuh=333,892
Kes baharu positif= 1,638 (1,631 tempatan, 7 import)
Jumlah positif=349,610
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=1,286
Kes dirawat di ICU=167
Bantuan Alat Pernafasan=81 pic.twitter.com/yqXpVd5VoY— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 3, 2021
Sumber: KKM