Penyaman udara atau aircond sememangnya memberi keselesaan kepada kita dengan udara dingin dan nyaman.
Rata-rata daripada kita tahu bahawa aircond perlu diservis setiap enam bulan sekali. Tahukah anda, seperti minyak enjin pada kereta, aircond juga perlu diservis mengikut kadar penggunaan masing-masing.
Macam mana nak tahu bila aircond perlu diservis?
Tips yang dikongsikan pengguna Facebook dengan nama Pemasangan & Servis Aircond Besut Jerteh ini mungkin dapat membantu anda.
Tanda-tanda aircond perlu diservis
1. Aircond sudah kurang sejuk
Ini perkara biasa yang berlaku pada aircond. Korang boleh servis aircond sendiri dengan cara bersihkan filter pada indoor aircond untuk buang habuk yang melekat pada filter itu. Tapi, kalau sudah lama sangat aircond tak diservis, lagi bagus panggil technician aircond.
2. Copper pipe membeku
Membeku? Mesti korang ingat sejukkan? Tapi sebenarnya tak, sebab aircond anda sebenarnya telah bermasalah sama ada kurang gas atau laluan pipe tersumbat.
3. Air menitis pada indoor aircond
Makin lama tak servis, makin banyak habuk pada aircond. Habuk-habuk inilah yang akan masuk ke laluan air, bila makin banyak lama-kelamaan laluan ini tersumbat.
4. Angin yang dihasilkan aircond semakin perlahan
Aircond ni dia serap habuk, sebab itu bila blower dah kotor, angin dari aircond itu makin lama makin perlahan.
5. Aircond berubah warna
Habuk yang melekat pada aircond akan menyebabkan warna aircond berubah dari purih ke kuning.
6. Unit aircond terpadam sendiri
Ini yang paling teruk sebab aircond sudah terlampau lama tak diservis atau terlampau kotor. Aircond boleh terpadam sendiri akibat dari kesan high amplitude kerana sudah lama tak diservis. Kadang kala, aircond pun boleh jadi bermasalah.
Jadi, kepada anda yang rasa ada salah satu tanda yang disenaraikan, boleh lah servis aircond tu cepat-cepat!
TANDA2 AIRCOND PERLU DISERVICE.Aircond boleh menyejukkan rumah dan boleh memberikan udara yang lebih bersih tapi kita…
Posted by Pemasangan & Servis Aircond Besut Jerteh on Monday, November 2, 2020
SUMBER: Facebook Pemasangan & Servis Aircond Besut Jerteh