Tragedi yang berlaku pada hari Easter Sunday (4 April 2021) menyaksikan kebakaran berlaku pada awal pagi yang memusnahkan bangunan Gereja Lodi, di California, Amerika Syarikat.
Kepulan asap dan api yang besar dapat dilihat dari luar El Shaddai Church of God and Chirst, yang terletak di pusat beli-belah di sepanjang Cherokee Lane. Jabatan Bomba Lodi mengatakan bahawa api telah “memakan bangunan itu” tidak lama selepas jam 5 pagi. Seluruh bumbung bangunan runtuh dan jatuh ke tanah.
Paderi gereja mengatakan bahawa jemaah baru saja berpindah ke gereja tersebut kira-kira dua bulan yang lalu. Mereka telah mengubahsuai bahagian dalam bangunan dan merancang majlis sambutan Easter Egg pada hari Ahad.
Anggota bomba mengatakan bahawa adalah satu keajaiban buat mereka kerana berjaya menyelamatkan separuh bahagian pusat beli-belah berkenaan dari terus terbakar. Sebilangan besar perniagaan di ruang ditutup pada hari Ahad kecuali Wild Chinese Buffet. Pemilik Wild Chinese Buffet Jason Kwong berkata, dia bersyukur kerana masih dapat berniaga.
“Pada pagi ini ketika saya datang, terdapat banyak trak bomba di tempat letak kereta,” kata Kwong.
Penyiasat memaklumkan bahawa pihaknya memerlukan masa untuk melakukan siasatan sebelum punca sebenar kejadian dapat didedahkan. Tambahan lagi, kebakaran tersebut turut menyebabkan berlaku kerosakan teruk dan ruang bangunan berkenaan menjadi sukar untuk diakses.
sumber: CBS Sacramento