Siakap Keli

“Harus Mulai Berani Melangkah,” Wanita Ini Kongsi Kisah Naik Turun Kehidupannya Sebelum Berjaya Bina Empayar Sendiri

Setiap kejayaan yang ditempa, pastinya tidak lari daripada disulami dengan rintangan serta cabaran. Walaupun sesebuah kejayaan itu tampak manis di luaran, namun hanya orang yang melaluinya sahaja yang tahu betapa susah dan getirnya sebelum berjaya mengecapi kejayaan.

Seperti yang dilalui oleh seorang ahli perniagaan bernama Nor Shahlina Abu atau lebih dikenali dengan Liena Montana yang berusia 38 tahun ini, sebelum beliau berjaya membina empayarnya sendiri, beliau mengakui bahawa dirinya tidak terlepas daripada terpaksa menghadapi pelbagai asam garam kehidupan.

Namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya. Mula berjinak-jinak dengan perniagaan atas talian sejak 2017 dan terus sepenuh masa pada 2019 sehingga kini, anak jati Kedah ini menyatakan bahawa semangat untuk berniaga itu mula datang selepas rumahnya hendak dilelong oleh pihak bank.

Beliau juga turut menyatakan bahawa selepas daripada itu, beliau telah diduga dengan anak ketiganya pergi menghadap Illahi. Walaupun berat untuk menerima takdir yang telah tertulis itu, namun beliau terpaksa juga memujuk hatinya dan menerimanya dengan redha serta meneruskan kehidupannya.

“Cukup hari ke tiga kematian saya jalani hidup macam biasa kembali masuk ke pejabat.

Tanpa sedih, tanpa air mata sebab perlu menjaga hati lain yang masih halus dan penuh luka.”

Bukan itu sahaja, tahun berikutnya beliau telah diduga dengan kehilangan insan tersayang yang bernama ayah pula.

“Satu lagi tamparan hebat bila orang paling kuat protect kita hilang.”

Bermula daripada itu, beliau telah bernekad untuk cuba buat sesuatu bagi mengubah hidup keluarnya demi anak-anaknya kerana menurutnya, tiada ada sesiapa pun yang akan dapat menolong dan membantunya selain diri sendiri.

Pada ketika itu, beliau telah cuba menyibukkan dirinya selepas waktu pejabat untuk cuba memulakan perniagaan. Hasil kerja keras dan semangat tidak mudah putus asanya, perniagaannya telah berkembang jauh sehingga ke negara jiran.

Beliau telah memegang ramai ejen di sebilangan beberapa negara luar. Disebabkan itu beliau telah dilantik menjadi Master Partner bagi produk Cococurv dan Crystal C White.

Menurutnya, salah satu dugaan apabila perniagaannya telah berkembang ke luar negara adalah apabila memiliki ejen negara luar yang perlu menguruskan keluar masuk barang dalam kuantiti yang besar dan banyak.

Urusan pengambilan, pembungkusan dan penghantaran semuanya telah dilakukannya secara sendiri. Menurutnya, beliau sampai satu tahap pernah tidur dan bersahur di lapangan terbang selama hampir sebulan kerana menunggu pesawat ejen luar dan barang berangkat.

Tambahnya, penghantaran melalui mel udara dan kargo ini tidak tentu masa. Jadi, beliau terpaksa menguruskannya sendiri demi memastikan keselamatan barang dan melancarkan urusan.

Hasil dari usaha dan penat lelahnya itu selama beberapa tahun, beliau telah diberikan rewards bercuti ke negara eropah dan dihadiahkan sebuah kereta sebagai tanda penghargaan dari syarikat.

Ditanya berkenaan pesannya kepada sesiapa yang ingin berjaya sepertinya adalah, “anda harus mulai berani melangkah. Jangan hanya pernah bertahan di satu titik atau zon yang sangat selesa. Satu langkah yang dibuat dengan keberanian pasti akan memberikan pelajaran dan impak baik ke depannya.”

Sejak negara dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 pada tahun lalu hingga kini termasuk menjelang Ramadan, beliau aktif mahu membantu semua golongan untuk menambah pendapatan dengan menjadi agen @cococurv_officialhq dan @crystalc_white.my.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan dan mengikuti jejak langkahnya, boleh hubungi di talian 016-6746178.

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.