Siakap Keli

MYDIN Ajak Bantu Golongan Memerlukan Sempena Ramadhan & Syawal, Beri Bekalan Barang Runcit Enam Bulan Untuk 50 Pelanggan Bertuah

Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) terus menyantuni golongan memerlukan melalui kempen MYDIN Prihatin Girang Syawal Tiba yang dilancarkan sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun.

Sepanjang Ramadan dan Syawal ini, MYDIN akan menjelajah beberapa negeri menggunakan lori “MYDIN Prihatin” bagi menyalurkan sumbangan yang merupakan barangan makanan dan kelengkapan baju raya. Golongan sasaran antaranya rumah-rumah kebajikan berdaftar, golongan asnaf dan masyarakat miskin bandar bagi merasai pengalaman menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Terdahulu MYDIN yang melancarkan kempen beli sambil menderma bersama jenama-jenama pembekal seperti Activex, AFY Haniff, Al Maheera, Ameera, Babas, Cik Suri,Colgate, Duru, Dutch Lady, Ferntea, Garnier, Hellsmann’s, Kapal Api, Kicap Mahsuri, MyHome, MyRasa, Promex, Saji, Sardin Kak Sal, Sri Pelangi, Sunquick, Sunrise dan Teh 888. Kempen yang bermula sejak 1 Mac sehingga 1 Mei 2021 di mana setiap barangan terpilih bagi jenama tersebut RM0.05 hingga RM 0.50 akan disalurkan ke dana MYDIN Prihatin. Selain itu MYDIN sendiri juga turut memperuntukkan sejumlah dana bagi disalurkan ke tabung
kebajikan tersebut. Kempen ini menyasarkan kutipan sebanyak RM 100 ribu dan bakal memanfaatkan lebih 1000 orang penerima.

Bagi memastikan golongan memerlukan dapat menerima bantuan secara lebih konsisten setiap tahun, MYDIN juga turut melancarkan Food Bank MYDIN Prihatin. Bank makanan tersebut akan ditempatkan di 27 pasar raya besar MYDIN di seluruh negara bagi memberi peluang orang ramai memberi sumbangan barangan kering. Barangan sumbangan tersebut akan dikumpulkan dan disalurkan ke rumah kebajikan berdaftar berbeza bagi setiap bulan. Orang ramai boleh mula menyumbang barangan kering tersebut bermula April ini.

Komited meringankan beban perbelanjaan masyarakat, MYDIN juga menjalin kerjasama dengan MyDebit bagi melancarkan kempen “MyDebit dan Menang” yang menawarkan hadiah berjumlah lebih RM 200 ribu. Pelanggan yang berbelanja di mana-mana cawangan MYDIN menggunakan kad atm dengan jumlah minima hanya RM 80.00 di dalam satu resit layak menyertai peraduan ini. 50 pelanggan yang bertuah bakal menerima hadiah utama iaitu bekalan barangan runcit selama enam bulan sebanyak RM 500 sebulan. Bagi hadiah mingguan pula, 500 pelanggan bertuah akan menerima Baucar Tunai MYDIN bernilai RM 150. Kempen ini bermula pada 1 April sehingga 6 Jun 2021.

Sempena musim perayaan ini, MYDIN turut menawarkan produk-produk eksklusif di MYDIN dengan harga yang amat kompetitif dan berpatutan khususnya untuk golongan B-40. Seleksi produk barangan keperluan dapur seperti beras, seleksi kurma, kicap, minyak masak, sos pelbagai perisa, minuman malt coklat dan pelbagai lagi dengan kualiti yang setanding dengan produk berjenama lain. Antara jenama yang ditawarkan adalah MyRasa, Ameera, Al- Maheera dan pelbagai lagi. Pengguna juga berpeluang mendapatkan produk-produk tersebut secara dalam talian melalui MYDIN Shopee.

Justeru itu, MYDIN amat berterima kasih dengan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada rakyat dan peniaga terutamanya ketika berdepan dengan pandemik global Covid-19 .MYDIN yang kini memiliki 67 cawangan seluruh negara berharap aktiviti kemasyarakatan dan program tanggungjawab sosial korporat ini dapat membantu mereka yang memerlukan.MYDIN turut menyeru syarikat-syarikat korporat dan individu yang berkemampuan tampil bagi membantu meringankan beban sara hidup golongan yang memerlukan.