Siakap Keli

Bayi Lelaki Di Iraq Dilahirkan Dengan 3 Zakar, Dipercayai Kes Pertama Di Dunia

Seorang bayi lelaki dari Baghdad, Iraq dilahirkan dengan tiga zakar dan menjadi kes pertama yang berlaku di dunia, sekaligus mengejutkan dunia perubatan dengan sejarah terbaru ini.

Bayi tersebut dilahirkan kira-kira tiga bulan lalu di Iraq dan keadaan yang dialami bayi ini digelar triphallia. 

Menurut  doktor, ibu bapa bayi tersebut mengesan keganjilan pada alat sulit bayi itu dengan skrotum yang bengkak lalu membawanya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar.

Pakar yang kemudian membuat penelitian terkejut apabila mendapati “keganjilan” tersebut sebenarnya adalah zakar bayi berkenaan.

Meskipun begitu, zakar ‘tambahan’ berukuran 2 cm dan 1 cm itu tidak berfungsi. Doktor kemudian mengambil keputusan untuk membuang 2 zakar yang tidak berfungsi itu.

“Hanya satu daripada tiga anggota yang berfungsi dengan uretra, saluran yang mengalirkan air kencing dan air mani.

“Tiada komplikasi ketika memantau bayi lelaki itu sepanjang setahun, namun memutuskan pembedahan adalah pilihan terbaik untuk bayi berkenaan,” katanya lagi.

Kejadian ini didedahkan dalam International Journal of Surgery Case Reports tetapi tiada media yang melaporkan berita tersebut.

“Sepanjang pengetahuan saya, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan dengan tiga zakar atau triphallia,” kata Dr Shakir Saleem Jabali.

Beliau juga mengatakan kes triphallia ini tidak pernah lagi berlaku. Namun kes yang hampir sama berlaku iaitu Diphallia, keadaan dimana seorang bayi dilahirkan dengan dua zakar dan mempengaruhi satu daripada enam juta bayi lelaki.

Kes diphallia dilaporkan kali pertama pada tahun 1609 oleh doktor Switzerland  Johannes Jacob Wecker. Kes ini dilaporkan 1000 sahaja dan tidak berbahaya tetapi boleh mendatangkan komplikasi kesihatan.

Sumber: The Indian Express

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.