Pelakon filem Harry Potter dan Friday Night Dinner, Paul Ritter dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 55 tahun semalam.
Menurut Daily Mail, memetik kenyataan agen selebriti tersebut, Paul disahkan meninggal dunia akibat tumor otak yang dihidapnya.
Beliau dikenali dalam beberapa filem antarabangsa termasuk Harry Potter and the Half Blood Prince serta Quantum of Solace.
“Dengan penuh kesedihan, kami mengesahkan pemergian Paul Ritter pada malam tadi,” kata jurucakap pelakon berkenaan.
“Beliau meninggal dunia di rumahnya bertemankan isteri, Polly dan anak-anaknya, Frank dan Noah di sisi. Mendian berusia 55 tahun dan menderita tumor otak.”
Sumber: Daily Mail