Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Tips Lebatkan Rambut Secara Semula Jadi Dan 12 Makanan Atasi Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur sememangnya boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan. Apa tidaknya, jumlah rambut yang gugur melebihi dari kadar biasa sangat membimbangkan dan boleh menjejaskan fizikal seseorang.

Terdapat pelbagai punca rambut gugur dengan kadar berlebihan. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis cara untuk melebatkannya kembali berserta pemakanan yang tepat untuk mengatasi masalah rambut gugur.

Portal Hello Doktor ada berkongsikan mengenai perkara berkenaan seperti di bawah:

Rambut antara yang paling berharga. Namun, bagaimana jika anda ada rambut yang bermasalah seperti rambut gugur. Apakah punca rambut gugur dan adakah terdapat makanan atasi rambut gugur?

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Kulit di sini.

Apa Itu Rambut Gugur?

Sebelum kita mengetahui mengenai punca rambut gugur dan kaedah rawatan yang boleh anda cuba, apa kata kita mengetahui dulu, apakah sebenarnya masalah rambut gugur ini.

Masalah rambut gugur seiring dengan peningkatan usia satu situasi normal.

Tetapi, ada juga individu yang mengalami masalah keguguran rambut disebabkan faktor diet pemakanan yang diambil, kekurangan nutrien atau mungkin faktor genetik.

Rambut gugur boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian badan anda. Keturunan, perubahan hormon, keadaan perubatan atau masalah kesihatan turut boleh menjadi antara punca rambut gugur.

Makanan Atasi Punca Rambut Gugur

Masalah rambut gugur bukanlah asing pada wanita mahupun lelaki.

Walaupun anda akan kehilangan 50-100 helai rambut sehari melalui proses keguguran rambut yang normal, ada kalanya rambut anda gugur lebih daripada biasa disebabkan penambahan usia, masalah kesihatan dan faktor persekitaran.

Selain penjagaan rambut yang berkesan, pemakanan anda juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut anda. Ketahui jenis makanan atasi rambut gugur yang boleh anda amalkan:

rambut gugur

  1. Bayam

Bayam adalah sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Kekurangan zat besi adalah penyebab utama rambut gugur dan bayam bukan hanya kaya dengan zat besi, tetapi juga mengandungi sebum yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut.

Jadi ia adalah jenis makanan atasi rambut gugur yang terbaik untuk dicuba.

Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.

  1. Lobak dan Keledek

Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.

Keledek juga mengandungi beta-karoten yang bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

  1. Telur dan Produk Tenusu

Susu, yogurt, keju, telur dan produk tenusu lain mengandungi nutrien penting seperti protein, Vitamin B12, zat besi, zink dan asid lemak Omega.

Produk tenusu juga merupakan sumber biotin (Vitamin B7) yang terkenal untuk mencegah rambut gugur.

  1. Oat

Tambah semangkuk besar oat dalam hidangan pagi anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur.

Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.

  1. Walnut

Tambah walnut dalam diet anda sebagai makanan atasi rambut gugur. Ia adalah satu-satunya kacang yang diketahui mengandungi biotin, vitamin B (B1, B6 dan B9), Vitamin E, kaya protein dan magnesium, yang semuanya menguatkan kutikula rambut dan menyuburkan kulit kepala.

Ia membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan DNA yang mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari.

  1. Lentil

Lentil merupakan kumpulan kekacang yang menyihatkan. Di Malaysia, jenis lentil yang biasa ditemui ialah kacang dal. Ia kaya dengan protein, zat besi, zink, dan biotin.

Selain itu, lentil penuh dengan asid folik yang diperlukan untuk memulihkan kesihatan sel darah merah yang membekalkan kulit dan kulit kepala dengan oksigen yang sangat diperlukan.

makanan atasi rambut gugur

  1. Daging ayam

Jika anda pengemar makanan berasaskan ayam, ketahuilah ia juga antara jenis makanan atasi rambut gugur.

Daging ayam kaya dengan protein berkualiti tinggi yang menguatkan rambut rapuh dan menghalang rambut terputus. Oleh kerana rambut dan kuku terdiri daripada protein, anda harus mendapatkan sumber protein yang mencukupi dalam diet harian anda.

  1. Strawberi

Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.

Makanan kaya silika lain termasuk beras, oat, bawang, kubis dan timun.

  1. Yogurt

Yogurt penuh dengan Vitamin B5 dan Vitamin D yang dikenali untuk menggalakkan kesihatan folikel rambut. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan yogurt untuk membuat topeng rambut sekali-sekala.

  1. Makanan yang kaya dengan Vitamin-C

Vitamin C menyokong penyerapan zat besi dalam tubuh kita, kekurangannya boleh mengakibatkan rambut gugur.

Vitamin C juga dikenali dengan sifat antioksidan yang mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh membuat rambut anda rapuh dan lemah.

Tambah buah-buahan seperti oren, betik, limau dan kiwi untuk diet anda. Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran kolagen yang menguatkan saluran darah yang membekalkan nutrisi kepada rambut.

  1. Salmon

Salmon mengandungi asid lemak omega-3 di mana disukai oleh folikel rambut anda. Pengambilan 3.5 auns salmon dua kali seminggu akan menguatkan rambut anda dan membuatkannya bersinar.

makanan atasi rambut gugur

  1. Biji labu

Keguguran rambut mungkin disebabkan kulit kepala kering. Jadi, periksa kulit kepala anda untuk ketidakstabilannya.

½ cawan biji labu panggang sejuk akan menyelesaikan masalah anda dengan kekayaan zinknya.

Tip Melebatkan Rambut Secara Semula Jadi

Keguguran rambut dilihat sebagai tanda penuaan. Terdapat pelbagai sebab terjadinya keguguran rambut, dari segi ubat, ketidakseimbangan hormon, jenis diet dan tekanan kerja.

Kebiasaannya, kita semua mencari ubat kimia segera untukmerawat keguguran dengan cepat walaupun menyedari banyak akibat yang berbahaya.

Namun, terdapat beberapa bahan semula jadi yang boleh merawat masalah punca rambut gugur tanpa kesan sampingan.

1. Santan kelapa

Dipercayai ubat yang paling berkesan untuk pertumbuhan rambut semula jadi ialah penggunaan santan kerana ia kaya dengan zat besi, kalium dan lemak penting.

Caranya, ambil santan dari kelapa segar, tambahkan setengah perahan lemon dan 4 titisan minyak lavender.

Campurkan dengan teliti dan sapukan pada kulit kepala anda, biarkan selama 4-5 jam dan kemudian bilas.

2. Cuka epal cider

Cuka ini berfungsi perlahan-lahan membersihkan kulit kepala dan mengekalkan keseimbangan pH rambut sehingga mempercepat pertumbuhan rambut.

Mulakan dengan membuat campuran cair dengan mencampurkan 75 ml dalam satu liter air untuk kumpulan yang lebih besar atau 15 ml kepada secawan air panas yang ditapis untuk kumpulan yang lebih kecil.

Gunakannya sebagai bilasan akhir selepas mencuci rambut anda. Ini juga akan memberikan rambut anda bersinar dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

3. Masker telur

Rawatan rumah ini digunakan di seluruh dunia untuk pertumbuhan rambut yang cepat dan semula jadi.

Seperti yang kita tahu, telur mengandungi paras protein yang tinggi yang membantu dalam pembentukan rambut baru. Ia juga kaya dengan sulfur, zink, besi, selenium, fosforus dan sodium.

Untuk masker telur, masukkan sebiji telur putih ke dalam mangkuk dan tambah satu sudu teh minyak zaitun (anda juga boleh menggunakan minyak biji anggur atau minyak lavender) dan madu.

Sapukan seluruh rambut dan kulit kepala anda selama kira-kira 20 minit. Bilas dengan air sejuk dan syampu.

4. Teh hijau

Teh hijau, seperti yang anda ketahui, sangat kaya dengan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut.

Sapukan teh hijau hangat (dari uncang teh yang digunakan) ke atas kulit kepala anda dan biarkan selama sejam. Basuh dengan air sejuk.

Rawatan secara semula jadi ini mungkin tidak mendatangkan kesan kepada sesetengah individu. Dan bagi individu yang ingin mencubanya pastikan anda tidak mempunyai sebarang alahan dalam menggunakan bahan yang dinyatakan.

Jangan Abaikan Punca Rambut Gugur

Walaupun mungkin punca rambut gugur yang dihadapi adalah disebabkan faktor keturunan dan peningkatan usia, namun ia bukan bermakna anda boleh memandang remeh isu ini. Jangan mengabaikan aspek penjagaan rambut serta mengambil makanan atasi rambut gugur dengan secukupnya.

Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat, kaya protein, vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Jangan lupa untuk mencuci rambut anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Cuba untuk uruskan tekanan harian anda dengan sebaik mungkin dengan melakukan meditasi, latihan pernafasan, atau teknik relaksasi lain. Selain itu, pastikan anda tidur dengan secukupnya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa