Siakap Keli
Gambar: Google & Youtube

(Video) Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Ini Cara Dengar Whatsapp ‘Voice’ Sebelum Hantar

Penggunaan aplikasi Whatsapp sekarang sememangnya semakin menyeluruh di dunia ini. Pelbagai ciri-ciri baharu yang dibangunkan ke dalam aplikasi ini untuk memudahkan orang ramai berinteraksi.

Antaranya ialah boleh mengirim pesanan suara. Pun begitu, ada juga pengguna yang ingin mendengarkan terlebih dahulu audio tersebut sebelum mengirimkannya kepada seseorang.

Mana tahu mungkin ada tersalah cakap, ia agak penting untuk mendengarkannya terlebih dahulu. Oleh itu, satu laman Youtube ada berkongsikan cara mudah untuk anda mendengarkan terlebih dahulu audio Whatsapp sebelum menghantarnya.

  1. Buka aplikasi Whatsapp
  2. Rakam suara
  3. Leretkan ke atas hingga ke tanda kunci
  4. Keluar dari aplikasi Whatsapp
  5. Buka semula aplikasi Whatsapp

Setelah anda membuka semula aplikasi tersebut, anda kini boleh mainkan audio yang anda rakam sebentar tadi. Anda juga boleh memadamkannya dan membuat rakaman semula.

Kredit: Youtube Sawi Menjalar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa