Siakap Keli

Resepi ‘Wrap’ Tak Sampai 5 Minit Sesuai Untuk Anak-Anak

Para ibu pasti ingin memberikan yang terbaik kepada setiap anak-anak. Daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki si ‘pari-pari’ kecil mereka, dan ini termasuklah makanan yang diambil sehari-hari.

Umum tahu, sekolah sudah mula dibuka dan para ibu mestilah antara individu yang paling sibuk menyempurnakan kelengkapan anak-anak setiap pagi.

Tapi, ada satu ‘magis’ yang akan merubah rutin para ibu yang sibuk menjadi lebih mudah. Nak tau? Teruskan membaca.

Selain memastikan pakaian sentiasa rapi, para ibu juga pasti tidak mahu ketinggalan mengirim bekalan makanan dengan khasiat yang lengkap. Ini kami kongsi empat jenis menu wrap mudah dan cepat. Resepi penuh bagi semua menu wrap ini boleh dilihat di Nakmakanapa.

1. Wrap caesar salad ayam

Sedap dan berkhasiat, ia mudah dibuat dan bagus untuk anak-anak anda.

Wrap ini bukan sahaja melengkapkan lagi hidangan tetapi mengandungi khasiat protein dan vitamin dalam diet harian. Manakan tidak, ia diisi dengan ayam, telur dan keju.

Untuk lebih lazat dan rasa yang ‘kaw’, ayam itu mestilah diperap dengan paprika, serbuk cili cayenne, serbuk bawang putih dan Mayonis Sebenar Lady’s Choice selama 1 Jam.

2. Wrap ayam panggang rangup dengan coleslaw

Seperti yang diketahui, tidak semua kanak-kanak menyukai sayur-sayuran termasuk kubis dan lobak merah, tetapi mereka pasti akan mengubah fikiran jika memakan wrap ayam bersama coleslaw ini.

Kubis ungu yang terdapat di dalam wrap ini mengandungi vitamin A yang membantu menjaga kesihatan kulit dan penting untuk fungsi mata.

Dengan gabungan ayam dan coleslaw, anak-anak juga pasti akan terus mengingati hidangan yang enak ini.

3. Wrap ayam gril

Tak lengkap rasanya jika tidak membuat wrap ayam gril yang klasik ini, ia sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang penting, ayam perlulah diperap selama 20 minit dengan menggunakan campuran Mayonis Sebenar Lady’s Choice, sos buah plum, sos tomato, minyak zaitun dan lada hitam dalam satu mangkuk.

Untuk lebih menarik, letakkan sedikit timun Jepun, lobak merah, lada benggala merah dan kuning dan cendawan butang.

Jangan risau, anda boleh menghidangkan wrap ini dalam keadaan sejuk atau panas.

4. Wrap ayam tomato pedas

Bagi anda yang masih tidak tahu, tomato mengandungi vitamin C, iaitu nutrien yang menyumbang bagi penyerapan zat besi dari makanan.

Ia merupakan menu wrap yang sangat berkhasiat, selain mempunyai rasa yang sangat lazat.

Menu ini mungkin sesuai untuk anak-anak yang berada di sekolah menengah kerana kepedasannya.

Tetapi, anda juga boleh mengubahnya mengikut kesesuaian anak-anak kecil dengan tidak memasukkan cili atau serbuk lada hitam.

Wrap lebih sempurna dengan sapuan dari Lady’s Choice

Inilah ‘magis’ kepada masalah-masalah para ibu. Menu wrap di atas ini pastinya akan lebih sempurna, mudah, cepat dan pastinya sedap dengan sapuan daripada Lady’s Choice.

Bagi anda yang masih tidak tahu, Lady’s Choice baru sahaja melancarkan rangkaian produk baharu iaitu Lady’s Choice Sapuan Berdaging yang terdapat dalam dua jenis iaitu Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna.

Percayalah, sapuan ini menjadikan setiap menu masakan anda akan disediakan dengan mudah dan cepat.

Kedua-dua sapuan itu tinggi dengan omega 3 dan dibuat dengan bahan-bahan sebenar.

Menariknya, ia merupakan jenama sapuan savory pertama yang berada di pasaran dan menjadi alternatif sarapan yang lebih enak dan sihat daripada sapuan roti yang kebiasaannya manis.

Bukan sahaja wrap, sapuan ini sesuai untuk bermacam jenis makanan seperti roti dan nasi, ia juga boleh menjadi pelengkap rasa kepada hidangan utama.

Sapuan dari Lady’s Choice ini sesuai untuk sarapan, waktu tengahari dan juga snack time.

Anda juga boleh meluangkan masa bersama anak-anak untuk membuat hidangan dengan menggunakan sapuan yang mudah ini.

Jangan risau kerana produk Lady’s Choice ini sememangnya disahkan halal.

Untuk lebih sedap, anda boleh mencampurkan sapuan tersebut dengan Mayonis Sebenar Lady’s Choice atau sebarang sos yang sesuai dengan citarasa anda.

Jadi apa tunggu, jom sama-sama dapatkan Lady’s Choice Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna yang sudah tersedia di semua pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara dengan masing-masing berharga RM8.50 sebotol.

Banyak lagi resepi menarik yang anda boleh buat dengan menggunakan Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna ini, ketahui semuanya di laman web Nakmakanapa.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengikuti live #KeepingItReal di Instagram pada 10 April nanti, jam 8.30 malam, yang akan membicarakan mengenai perjalanan dan usaha seorang ibu dalam memberikan yang terbaik untuk keluarga, ia akan dihoskan oleh pelakon popular iaitu Diana Danielle dan pakar terapi perkahwinan dan keluarga, Charis Wong.

Untuk maklumat lanjut mengenai live tersebut, anda boleh mengikuti akaun Instagram Lady’s Choice.

Anda juga boleh mengikuti Facebook Lady’s Choice untuk ketahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna serta pelbagai lagi produk lain.

Sofea

There's always another side to every story