Siakap Keli

Baru Mula Berniaga Online, Ini 7 Saluran Menjual Yang Anda Tak Perlu Keluar Modal ‘Marketing’ Pun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sudah tentu ramai di antara kita yang ingin menjana pendapatan sampingan dengan cara menjual secara atas talian.

Namun, ada yang terpengaruh dengan individu yang menjanjikan pulangan yang cepat dengan menyediakan modal yang tinggi. Bagi orang yang tidak mempunyai modal yang tinggi, mereka boleh mengikut cara di bawah.

Perkongsian penuh bermanfaat ini dikongsikan oleh Izzat Azizi nmenerusi laman Twitternya tentang beberapa saluran media untuk menjual tanpa perlu keluarkan bajet marketing sehingga RM 10,000 sebulan. Menarik kan? Jom lihat di bawah.

1. Facebook Marketplace

Sangat-sangat berguna untuk personal seller, tak perlu buat page FB. Aku pernah jual voucher dan makanan pakai FB Marketplace. Kena set ikut tempat.

2. FB Group

Jual ikut niche masing-masing. Kalau jual buku masuk group buku. Kalau jual aksesori kereta, masuk group kereta. Pandai-pandailah tanya admin group boleh jual ke tak. Jangan hardsell sangat iklan tu, orang boring.

3. Telegram Group/Channel Setempat

Cuba cari group telegram tempat anda tinggal. Contoh, group Telegram Shah Alam Business and Delivery yg memang khas untuk selller di kawasan Shah Alam. Boleh terus promote. Selalu produk makanan senang jual.

4. Group Whatsapp

Kalau ahli group korang sempoi dan tak marah anda post iklan ok. Tapi berpada-padalah. Jangan sehari 10 kali up iklan. Sekali sudah. Nanti kena tendang keluar.

5. Personal Profile Social Media FB/IG/Twitter/TikTok

Kena tarik followers untuk follow akaun anda. Banyakkan memberi content sebelum menjual.

6. E Commerce Marketplace

Seperti Shopee, Lazada – bukan percuma, ada fees yg anda kene bayar kepada mereka by Transaction Fees.

7. Marketplace percumahttp://Mudah.my, Carousell

Depend on niche gak mana yang sesuai pakai marketplace yang macam ni. Try dulu baru tau.

Jadi, tunggu apa lagi jangan lepaskan peluang untuk membuat perniagaan di atas talian. Lagi-lagi untuk peniaga kecil, inilah peluang terbaik anda semua.

Sumber: Izzat Azizi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang