Siakap Keli

Elak Pakai Veneer Tiruan Atau ‘Gigi Mentos’, Boleh Jadi Punca Gusi Berdarah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selepas trend penggunaan pendakap gigi, kini muncul pula satu trend baharu dalam bidang kosmetik gigi iaitu veneer.

Veneer gigi adalah prosedur perubatan yang bertujuan untuk memperbaiki penampilan gigi. Cengkerang nipis yang dibentuk menyerupai bentuk gigi asal akan melapis bahagian depan gigi untuk menutup kecacatan pada bentuk, ukuran dan warna gigi pesakit.

Veneer diperbuat daripada pelbagai bahan. Namun, yang paling mendapat permintaan ramai ialah veneer porselin kerana cenderung tahan lama dan nampak lebih natural.

Oleh kerana kos veneer tiruan lebih murah berbanding di klinik gigi berdaftar, ramai yang mengambil jalan ini sebagai alternatif untuk memperbaiki penampilan gigi mereka.

Melalui akaun TikTok dengan nama drweijian, doktor gigi ini berkongsi tentang bahaya memakai veneer tiruan yang kini banyak dipromosikan di internet. Video tersebut mendapat 28.8 ribu tontonan.

@drweijian

Say NO to mentos teeth 🙅🏻‍♂️ #tiktokguru #learnontiktok #dentist #veneers

♬ MONTERO (Call Me By Your Name) – Lil Nas X

Katakan tidak kepada “gigi mentos”

Di ruangan komen, netizen rata-rata bersetuju bahawa prosedur veneer semakin digemari oleh masyarakat. Veneer membuatkan gigi nampak putih dan bersih.

Walaubagaimanapun, veneer tiruan nampak tidak natural kerana terlalu putih dan boleh menyebabkan pelbagai masalah oral selepas memakainya.

SUMBER: TikTok Dr Wei Jian

Eyla Azri