Siakap Keli

Kolam Renang Anti Basah Dan Tak Lemas Jadi Tarikan Pelancong Di Jepun

Pernahkah anda membayangkan menyelam dalam kolam renang tanpa basah?

Di Jepun, terdapat sebuah kolam renang sedalam 2.7 meter yang tidak akan membuatkan anda basah. Malah, anda juga tidak akan tenggelam.

Kolam renang ini dipamerkan di 21st Century Museum of Contemporary Art di Kanazawa, Jepun. Hasil tangan Leandro Erlich ini menciptakan ilusi optik daripada 10cm air yang diapit dengan dua keping kaca lutsinar.

Dihasilkan pada tahun 1999, kolam renang ini dilengkapkan dengan tangga seperti kolam renang kebiasaannya. Tapi jangan tertipu! Tangga ini tidak boleh membawa anda ke dasar kolam.

Para pengunjung akan terlihat seolah-olah sedang menyelam di dasar kolam renang sambil memandang ke permukaan air. Pengunjung dibolehkan untuk menikmati pemandangan dari permukaan dan dasar kolam.

Alunan air di permukaan kolam ini membuatkan pengunjung semakin merasakan sensasi menyelam dalam kolam sebenar.

Kolam renang ini pernah dipamerkan sementara di MoMA PS1, New York dan Venice Biennale sebelum ditempatkan secara kekal di Kanazawa.

Sumber: DailyMail, TwistedSifter

Eyla Azri