Siakap Keli

Lelaki Maut Selepas Dipercayai Dihukum 300 Kali ‘Squat Thrust’ Kerana Langgar Perintah Kurung

Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas didakwa melakukan senaman ‘squat-thrust’ sebanyak 300 kali sebagai hukuman melanggar perintah berkurung semasa Covid-19 di Filipina.

Menurut laporan Nypost berkata lelaki berkenaan keluar pada 1 April lalu untuk memberi air minuman di sebuah kedai di bandar General Trias di pinggir ibu Kota Manila pada jam 6 petang.

Rakan menceritakan mangsa yang pulang pada Jumaat di rumahnya tidak mampu berdiri dan berjalan selepas melakukan 300 ‘squat-thrust’ tanpa henti semasa berada dalam tahanan.

Mangsa diseran sawan di bilik mandi namun berjaya diselamatkan menerusi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada hari Jumaat pukul 10 malam di rumahnya.

Ketua Polis, Leftenan Kolonel Marlo Solero berkata beliau akan melakukan siasatan berhubung kes itu. Hal ini demikian kerana, beliau menafikan bahawa hukuman squat thrust adalah hukuman kepada individu yang melanggar perintah berkurung di negara tersebut.

 

Sumber: Nypost