Siakap Keli
Gambar: FB Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

Lelaki Terjah Masuk Ruang Nikah Pejabat JAWI, Tiba-Tiba Duduk Atas Pelamin, Berzikir Dan Mengaji Kuat-Kuat

Tekanan perasaan akibat putus cinta menyebabkan seorang pemuda nekad bertindak masuk ke ruangan majlis akad nikah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada pagi ini.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi JAWI, pemuda itu yang dilaporkan tidak berkasut terus memasuki kawasan berkenaan dan duduk di atas pelamin sambil mengaji dan berzikir sebelum ditenteramkan oleh pihak keselamatan.

Dalam perkongsian berkenaan, pihak JAWI turut mendoakan supaya pemuda tersebut diberikan kesembuhan dan jalan keluar dalam menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Ini kisah benar bukan rekaan atau imaginasi novel cinta..

Gambar: FB Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.

Sumber: FB Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.