Siakap Keli
Gambar Via Faizul Hafiz Hashim/Shahrulezad Mohameddin

Pelakon, Noryati Taib Atau Makcik Petir Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Makcik Petir dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.

Berita pemergiannya telah dimaklumkan oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim di Facebook miliknya.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya (Hajah Noryati Bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi,” katanya.

Dia juga meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan Allayarhamah agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Perkara itu juga telah dimaklumkan oleh pengarah, Shahrulezad Mohameddin di Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai punca kematian Allahyarhamah tidak dinyatakan.

Salam takziah buat semua ahli keluarganya, semoga roh Allahyarmah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: Faizul Hafiz Hashim

Sofea

There's always another side to every story