Siakap Keli

(Video) Lain Dari Yang Lain, Ini Cara Untuk Masak Telur Mata Dengan Sempurna

Bukan sahaja mudah, telur juga menjadi lauk yang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.

Kebiasannya ia dinikmati secara goreng atau rebus, nak lagi sedap buat  sambal telur, pasti akan licin pinggan.

Pun begitu, memasak telur juga sebenarnya memerlukan kemahiran kerana tidak semua akan berhasil dengan sempurna.

Terkadang, ia memerlukan cara yang mungkin sebelum ini tidak pernah kita lihat dan lakukan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Beautyhomeflour di TikTok, anda perlu menggunakan senduk besar yang diletakkan di dalam air yang dipanaskan dan tunggu sahaja telur itu masak.

Ia kelihatan sangat sempurna dengan bahagian kuning telur yang tidak ‘pecah’.

Setakat ini, video itu telah mendapat tontonan sebanyak 6.5 juta di TikTok.

Tonton video di bawah ini bagi melihat cara-caranya dengan lebih terperinci.

 

@beautyhomeflour

Does anyone like this egg?#tiktokfood #fyp #food #homemade #egg #tiktokfoodie

♬ Fast – Sueco The Child

Sumber: Beautyhomeflour

Sofea

There's always another side to every story