Siakap Keli

(Video) Patutlah Kena Buang, Lelaki Ini Buat Eksperimen Bawah Mikroskop & Inilah Kotoran Yang Ada Dalam ‘Urat Najis’ Udang

Seperti yang diketahui, udang merupakan salah satu makanan laut yang sangat digemari oleh orang ramai.

Manakan tidak, pelbagai jenis masakan atau hidangan yang menyelerakan boleh dibuat dengan menggunakannya.

Pun begitu, udang sebenarnya tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana ada bahagian yang sangat kotor.

Pasti ramai sudah tahu, ia merupakan ‘urat’ yang berada di bahagian belakang udang yang menjadi saluran pencernaan bagi udang.

Terkadang ia tidak dibuang kerana memerlukan waktu yang agak lama.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang terkandung dalam saluran pencernaan tersebut.

Jawapannya boleh ditonton menerusi video TikTok di bawah ini. Menerusi video tersebut, ‘urat’ itu telah diletakkan di bawah mikroskop dan ‘hasilnya’ dapat dilihat.

 

@faytg

don’t be lazy#microscope#for you#fyp

♬ original sound – MMMicro

Sumber: MMMicro

" "