Siakap Keli
Kredit: Google

Harta Pusaka Lebih RM 1 Juta, Tapi 8 Waris ‘Tenang’ Tak Berebut Buat Peguam Ini ‘Terkejut’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut sahaja tentang harta pusaka, pasti terbayang dalam kepala bahagian-bahagian harta milik arwah ibu dan ayah yang akan dibahagikan.

Namun dalam senario masyarakat kita, tak dapat dinafikan ada sesetengah pewaris yang sanggup bertikam lidah sesama sendiri, semata-mata mahu merebutkan harta peninggalan arwah mak ayah mereka.

Sebagai peguam yang terlibat dalam dunia perundangan dan mahkamah secara langsung, Mufarwa Farid baru-baru ini berkongsi satu cerita menarik tentang pengalamannya berhadapan dengan situasi tersebut.

Namun apa yang menariknya, pewaris-pewaris ini tidak pula saling bergaduh, malah harta peninggalan bernilai jutaan ringgit itu bagai dipandang ‘sebelah mata’ saja. Bukan taknak langsung, tapi mereka ada cara tersendiri.

Mari ikuti perkongsian Farid di bawah ini.

Harta pusaka lebih RM1 juta, waris ‘tenang’ tak berebut

Semalam saya ada uruskan kes tentang harta pusaka. Hartanya banyak juga, lebih sejuta ringgit. Harta bapa beliau yang sudah lama meninggal dunia.

Adik beradik 8 orang. Tapi sepanjang 20 tahun selepas bapa meninggal, takda seorang pun persoal ke mana harta bapa mereka. Nak berebut, jauh sekali.

Katanya, beliau datang nak uruskan harta ini kerana hendak tutup akaun pelaburan dan akaun bank. Tanah tu pula akan dibahagikan sama-rata pada adik-beradik.

“Ni kami nak bahagi sesama adik-beradik pun sebab takut kalau kami pula meninggal, kasihan anak cucu kami nak uruskan tanah ni.” kata beliau.

“Takda gaduh-gaduh dengan adik-beradik?”

“Ishhh.. Takda-takda. Kami masing-masing sekolah. Masing-masing ada harta sendiri. Buat apa ambil harta arwah ayah? Adik beradik saya kata, ‘Abang uruskan je lah semua. Nanti kalau ada apa-apa masalah, beritahu je.'”

Senang dapat keluarga macam ni.

Biasanya kalau dapat kes-kes pewarisan harta macam ni, saya jadi gelisah sebab, mesti ada scene gaduh-gaduh.

Biasanya kalau handle kes pewarisan, akan berlaku banyak scene yang tak diingini. Kekadang tu harta tak sampai sejuta pun. Tapi masing-masing bila datang ofis, muka bengis. Bila bercakap, semua nak tunjuk pandai.

Semua benda persoal. Kenapa dia dapat lebih. Kenapa aku dapat kurang. Aku menantu, kenapa tak dapat. Anak aku kenapa tak dapat. Kenapa kena tolak yuran guaman. Kenapa kena tolak cukai. Kenapa kena tolak duit ejen. Saya jaga arwah masa sakit, tapi kenapa tak dapat lebih.

Lepas tu, bertekak sesama sendiri siap hentak-hentak barang. Dah lah tu pejabat kami. Yang dihentak-hentak tu pun barang kami. Mencarut dan memaki padahal anak-anak kecil ada kat sebelah. Siap ugut nak santau pun ada.

Kita yang Peguam ni ada dua saja tindakan boleh diambil. Sama ada leraikan, atau pun biarkan sampai semuanya reda.

Biasanya, kita leraikan, dan sampai satu tahap, halau saja dari pejabat.

Scene gaduh tu satu hal. Scene drama pun ada juga.

Menangis-nangis, meraung-raung, buat cerita sedih, cerita pasal kesusahan hidup dan macam-macam lagi.

Diorang ingat, bila buat cerita kesian macam, tu kami boleh bagi diorang duit lebih agaknya.

Pembahagian harta tu dah ditetapkan oleh undang-undang kak oi… Kalau dah undang-undang cakap akak dapat 14%, maka 14% lah yang akak dapat.

Kaya ke, miskin ke, semua buat scene macam ni.

Yang kaya ni biasanya berebut nak harta banyak sebab tak nak adik beradik lain dapat lebih daripada dia. Dengki.

Yang miskin ni, berebut harta sebab nak isi kekurangan miskin dia. Tapi yang sedihnya, kebanyakannya jenis cepat terkejut. Dapat saja duit selambak, dihabiskan beli kereta, renovate rumah, melancong.

Akhirnya, tak sampai setahun, duit habis. Dapat RM200k pun, habis sekelip mata. Lepas tu terpaksa tanggung hutang yang banyak. Akhirnya, mengharapkan semula duit Baitulmal dan Jabatan kebajikan.

Benda ni biasa sangat berlaku. Walaupun itu hak dia, tapi kasihan jugalah sebab duit beratus ribu tu boleh buat dia survive hari-hari. Tapi dihabiskan beli barang-barang kehendak, dan akhirnya merana diri.

Jadi, bila dapat klien yang mudah macam semalam, rasa seronok sangat. Mudah urusan. Takda drama yang boleh ganggu urusan kita.

Sumber: Mufarwa Farid