Siakap Keli
Gambar Via Google

Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Fipper Tampil Mohon Maaf & Jelaskan Kekeliruan

Tular mengenai selipar baharu keluarannya sejak semalam, jenama selipar terkenal, Fipper, membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Menerusi kenyataannya di Instagram, Fipper menjelaskan bahawa selipar yang dikatakan ‘Muslim Friendly’ itu sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin.

“Kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuai dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan media sebekum ini.

“Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku,” kata kenyataan pihak Fipper menerusi kenyataan itu.

Fipper turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggangnya yang terus menyokong produk syarikat tersebut.

Sumber: Fipperhq