Perpisahan merupakan perkara yang sangat menyedihkan terutamanya bagi yang mempunyai pertalian darah kekeluargaan.
Seperti perpisahan seorang kanak-kanak bernama Iman dengan abangnya yang tersayang yang telah meninggal dunia.
Bagi menzahirkan kerinduan terhadap arwah abangnya, Iman melakarkan lukisan keluarga yang jelas menunjukkan saat-saat mereka bersama sehinggalah akhirnya berpisah di pusara.
Lukisan itu dikongsikan semula ibu mereka, Puan Norunajwa bt Safiei di Facebook. Berikut adalah perkongsiannya.
Lukisan rindu seorang adik.
Dapat wassap dari guru tadika anak..
Guru meminta anak murid melukis apa sahaja di fikiran mereka
Bila melihat hasil lukisan si anak, hati saya sebak..
Gambar yang penuh makna tersirat
Lukisan hati seorang adik yang merindui abangnya.
Rindu yang diluahkan melalui sebuah lukisan
Si Abang yang sangat rapat dengannya.
Kini terpisah antara dua dunia.
Dalam gambar tu, semua gambar berambut..
Kecuali gambar yang di pusara itu
Botak tidak berambut.
Abang Adam tidak berambut kesan daripada kimo.
Tapi si Adik langsung tak pernah mempersendakan rambut si abang yang tiada rambut.
Setiap malam tak pernah gagal sedekahkan al fatihah untuk si Abang.
Moga Allah gantikan setiap kerinduan kamu dengan seribu kebaikan dan hikmah.
InsyaAllah..Moga satu hari nanti kita semua sekeluarga akan bersatu di Syurga. Al Fatihah.
Sumber: Norunajwa Bt Safiei