Siakap Keli

Komputer Terpadam Dan Tak Sempat ‘Save’ Dokumen, Ini Cara Nak Selamatkan Kerja Korang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak terjadi kepada anda, tengah asyik menyiapkan kerja di komputer, tiba-tiba komputer terpadam sendiri dan fail tak sempat save?

Pasti pening kepala memikirkan bagaimana untuk mendapatkan semula fail dan data-data yang penting itu. Jangan panik!

Perkongsian daripada akaun TikTok ellenouvya ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda dengan sangat mudah.

Video ini mendapat 158.1 ribu tontonan dan lebih 10 ribu tanda suka. Pemilik akaun yang menggelar dirinya sebagai Elle ini berkongsi tips untuk mendapatkan semula atau retrieve fail yang hilang tanpa menggunakan sebarang perisian.

@ellenouvya

Jangan Panik! 🚨 #tipsandtrick #computer #MotivasiDiri #SmileStrong2021 #tips #microsoft #files

♬ original sound – BuzZzii

Jangan panik!

Di ruangan komen, netizen rata-ratanya lega kerana menemui tips yang sangat membantu ini. Ramai juga yang mengeluh kerana sebelum menemui tips ini, mereka terpaksa buat semula kerja-kerja yang hilang daripada awal.

Tidak kurang juga individu yang berkongsi tips mereka sendiri yang mungkin berguna untuk anda. Selepas mengikuti cara-cara ini, jangan terkejut pula tengok bertapa banyaknya fail anda yang hilang.

SUMBER: TikTok Elle Ratu WebDigital

Eyla Azri