Scammer: Seorang scammer menyamar menjadi jururawat didakwa menghasilkan lebih dari £4,000 (RM 22,764.11) dengan memberikan vaksin palsu kepada businessmen kaya di kediaman rumah mereka.
Suspek dikenali sebagai Cláudia Mônica Pinheiro Torres dikatakan berpakaian sebagai jururawat dan memberikan suntikan vaksin palsu kepada usahawan dengan berharga £77 sekali suntik di Belo Horizonte, Brazil.
Polis Perseketuan percaya dia telah memberikan “perkhidmatannya” kepada sekurang-kurangnya 57 orang bulan lalu.
Dia yang bekerja sebagai penjaga orang tua, berpakaian sebagai jururawat sedangkan tiada rekod mengenainya di Majlis Rawatan Daerah Minas Gerais, lapor G1
Rakaman CCTV menunjukkan Torres memasuki rumah mewah itu pada 17 Mac dan dipercayai hanya menggunakan garam untuk menggantikan vaksin kepada peniaga itu.
Selain mengunjungi rumah peniaga itu, Torres dipercayai memberikan suntikan vaksin itu kepada 40 orang lagi.
Awal minggu ini, TV Globo mengesahkan cecair yang terdapat di rumah wanita itu adalah garam dan bukan vaksin.
Polis kini meyiasat sama ada vaksin yang dijual itu benar-benar dipalsukan atau diimport secara haram.
sumber: The Sun