Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: 1,285 Lagi Kes Baharu, Selangor Catat Kes Tertinggi

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 355,753 kes.

Menerusi ciapan yang dimuatnaik di Twitter, Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa Selangor mencatatkan kes yang tertinggi hari ini dengan 374 kes.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan sebanyak 211 kes, diikuti oleh Pulau Pinang dengan 162 kes.

Sumber: Noor Hisham Abdullah