Siakap Keli

Tips Untuk Peniaga Online, Cara Mudah Nak Cetak ‘Airway Bill’ Hanya Guna Mesin Printer Biasa

Pada fasa norma baharu ini, semakin ramai yang memulakan perniagaan secara atas talian. Perkhidmatan penghantaran merupakan salah satu servis yang digunakan oleh para peniaga online ini untuk mengirim barang kepada pelanggan mereka.

Pengguna servis penghantaran barang sudah pasti familiar dengan isitilah airway bill. Airway bill merupakan dokumen penting yang perlu disertakan bersama bungkusan yang akan dikirim.

Bagi mereka baru bermula atau berniaga online secara sambilan, mungkin tidak semua mampu untuk menyediakan mesin pencetak khas untuk mencetak airway bill.

Tahukah anda, airway bill boleh dicetak dengan mesin pencetak biasa?

Perkongsian daripada akaun TikTok hazriqharis00 ini mungkin boleh menjadi alternatif buat para peniaga online di luar sana untuk memudahkan proses mencetak airway bills.

Video yang dikongsikan oleh Hazriq Haris ini mendapat 382.1 ribu tontonan dan 26.8 ribu tanda suka.

@hazriqharis00

Reply to @husnaunoun ini cara saya, semoga membantu😊 #smallbusiness #tiktokguru #tips

♬ original sound – Jecus Andrei

Selama ni membazir kertas je

Di ruangan komen, netizen terutamanya para peniaga online berterima kasih kepada Hazriq untuk tips mudah dan jimat ini.

Hanya dengan menukar tetapan pada pencetak yang biasa digunakan, kini peniaga online boleh mencetak lebih banyak airway bill tanpa membazir kertas.

SUMBER: TikTok Hazriq Haris

Eyla Azri