Siakap Keli

(Video) Dah Macam Godzilla, Biawak Besar Ceroboh Kedai 7Eleven Sampai Panjat Rak

Gempar apabila seekor biawak “tersesat” menyelinap masuk di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand. Haiwan yang berukuran lebih kurang 1.8 hingga 2 meter itu menyebabkan para pekerja dan pelanggan ketakutan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, haiwan tersebut dilihat sedang memanjat ke arah siling kedai tersebut untuk menyelamatkan diri. Habis selerak barang di dalam kedai kerana telah diperkutak-katikkan oleh pelanggan yang tak diundang ini.

Namun, yang menjadi perhatian ramai apabila biawak ini dikatakan ‘jatuh cinta’ dengan kedai ini kerana ia berusaha untuk masuk semula selepas berjaya keluar tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai.

Jom lihat video di bawah untuk lihat gelagat haiwan ini di dalam dan di luar kedai.

 

Sumber: Amarin news

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang