Siakap Keli

(Video) Hanya Guna ‘Cellophane Tape’ Nak Tanggalkan ‘Double-sided Tape’ Yang Degil Pada Dinding

Sebahagian daripada kita suka menampal foto-foto kenangan dan poster-poster artis kesukaan di dinding bilik. Untuk memastikan ia terabdi kukuh di dinding, sudah pastinya kita memilih untuk melekatkannya dengan double-sided tape.

Double-sided tape sudah pasti sukar untuk ditanggalkan daripada dinding kerana kebolehan melekat yang sangat kuat. Rata-rata daripada kita mengalami masalah apabila ingin mendekorasi ulang bahagian yang sudah tertampal pelekat tersebut.

Pelekat yang tidak tertanggal sepenuhnya membuatkan dekorasi pada dinding kurang kemas.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok dengan nama timsupermuhajir ini mungkin dapat membantu anda menanggalkan sendiri double-sided tape tanpa mencacatkan dekorasi dinding anda nanti.

Video ini mendapat 73.4 ribu tontonan dan lebih tujuh ribu tanda suka.

@timsupermuhajir

Guna salotep je untuk buang kesan double tape di dinding! #tiktokguru #dekorasikamar #dekorasi #diy

♬ DOTTO – Sound Effect

Guna cellotape je dah hilang

Netizen rata-ratanya berterima kasih dengan tips yang diberikan oleh Muhajir Zakaria. Hasil yang ditunjukkan Muhajir selepas proses yang dilakukan sangat kemas sehingga mendapat pujian daripada netizen.

SUMBER: TikTok Muhajir Zakaria

Eyla Azri