Siakap Keli

(Video) ”’Saling Tak Tumpah’ Atau ‘Salin Tak Tumpah’?” Ramai Salah Guna, Fedtri Yahya Kongsi Mana Satu Yang Betul

Dalam dunia Bahasa Melayu, terdapat banyak variasi perkataan, perumpamaan, peribahasa, bidalan dan seumpamanya lagi. Pendek kata, bahasa kebangsaan negara kita ini memang ‘kaya’ dalam kelasnya sendiri.

Ada banyak perkataan yang biasa kita gunakan dalam komunikasi seharian, tapi kadangkala kita tidak perasan bahawa sesuatu sebutannya itu tepat, kurang tepat atau ternyata silap.

Sebagai contoh, yang paling banyak mencetuskan kekeliruan ramai adalah peribahasa ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’, ‘Bagai meninggalkan batok di tangga’ dan banyak lagi.

Ada satu lagi istilah yang selalu kita gunakan, tapi rupa-rupanya bunyinya salah dan harus diperbetulkan. Mesti biasa kan dengar istilah ‘Saling tak tumpah’?

Persoalannya, betul ke sebutan ‘saling tak tumpah’ tersebut? Atau ada penggunaan perkataan yang jauh lebih tepat? Mari ikuti perkongsian oleh selebriti dan pengacara pencinta Bahasa Melayu, Ahmad Fedtri Yahya di bawah ini.

@fedtriyahya

Salin tak tumpah 💚 #peribahasa yang menjelaskan persamaan atau serupa seperti wajah dan peribadi

♬ Boy With Luv – BTS

‘Merah padam’, betul ke?

Seperkara lagi, ada satu lagi istilah yang selalu kita gunakan dalam situasi marah yang ayatnya kerap berbunyi begini, “Dia sangat marah hingga warna mukanya merah padam’.

Mungkin ada yang tak tahu, tapi sebenarnya ‘merah padam’ itu salah dan yang betul pula adalah ‘merah padma’. Kenapa jadi begitu? Jom ikuti perkongsian Fedtri lagi.

@fedtriyahya

MERAH PADMA #peribahasa #melayu #fyp

♬ Teratai – Ramlah Ram

Sumber: TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'