Siakap Keli

(Video) Wanita Ini Beri Makan Pada Anak Gajah Liar, Panggil Nama ‘Yuyun’ Terus Datang

Haiwan seperti gajah liar sememangnya ditakuti kerana boleh bertindak di luar kawalan sekiranya diganggu. Oleh itu, jika terserempak dengan haiwan ini yang sedang berkeliaran, orang ramai sering dinasihatkan untuk tidak menganggu pergerakan mereka.

Namun, lain pula yang berlaku di negara jiran Indonesia apabila terdapat gajah liar yang menjadi ‘haiwan peliharaan’ penduduk setempat kerana sifatnya yang manja dan sering datang ketika dipanggil.

Menerusi perkongsian beberapa video di akaun TikTok erroge, anak gajah yang diberi nama ‘Yuyun’ itu dikatakan berusia 2 tahun dan tinggal di dalam hutan di sebuah daerah di Acheh tetapi diberi makan oleh beberapa orang penduduk.

Sambil membawa pisang, seorang penduduk melaungkan nama Yuyun sebelum anak gajah itu menghampirinya dan memakan pisang tersebut yang disuapkan ke dalam mulut. Amboi memang manja!

Kenalkan, nama dia Yuyun..

@erroge

Gajah Sumatra #saveelephants #gajah #sumatra #fyp #masukberanda #numpanglewat #aceh #melaboh #acehbarat #fypシ

♬ Magic (Instrumental) – Max Farrar

Dah dipanggil, baru datang..

@erroge

Dek Yuyun mendekat 😆 #fyp #BetterOnSero #masukberanda #gajahsumatra #gajah #satwa #liar #aceh #meulaboh #indonesia #like #konservasi

♬ JUMPIN BAROQUE – Taras Tkachenko

Turut kelihatan video menunjukkan Yuyun yang lincah bermain dengan beberapa orang penduduk sambil mengejar mereka kemudian melarikan diri. Bukan sahaja tidak takut, mereka dilihat ketawa sambil membelai anak gajah itu yang dipercayai turut ditemani oleh ibunya, seekor gajah dewasa.

Lincah bermain dengan penduduk..

@erroge

Balas @rumah_kucyng ini post ulang , tadi di takedown sama pihak tiktok #BetterOnSero #saveelephants #konservasi #like #indonesia #meulaboh #aceh

♬ PIANO AND CELLO – Treia Music

Mak dah tunggu, tapi Yuyun main sampai tak nak balik!

@erroge

Balas @elianorwhut Go home yuyun , emakmu udah nungguin tuh hahha #gajahsumatra #elephants #gajah #satwaliar #aceh #meulabohacehbarat #indonesia #iu

♬ 风铃心愿 – Bythoven

Rata-rata pengguna Tiktok yang membanjiri ruangan komen turut memuji kecomelan haiwan tersebut dan menyifatkan sesuatu yang luar dari kebiasaan apabila gajah dijadikan sebagai ‘haiwan peliharaan’.

Orang bela kucing dan anjing terbiar, tapi ni ‘another level’

Comelnya, ingat kalau umur 2 tahun tahun gajah dah dewasa

Comelnya ‘pet’, kalah orang Dubai!

Muka bahagia Yuyun disayangi semua orang

Sumber: TikTok erroge

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.