Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video)“Sumbat Selagi Boleh” Jenuh Korek ‘Handbag’ Kat Kaunter Nak Buat ‘Payment’, Wanita Cuak Duit ‘Lesap’

Sekiranya korang pernah berurusan di mana-mana kaunter kerajaan atau mana-mana tempat awam, sudah pasti berpengalaman melihat pelbagai ragam manusia. Apa tidaknya, setiap orang memiliki sifat atau keperibadian yang berbeza membuatkan pelbagai karenah yang ditonjolkan.

Seperti di kaunter pembayaran khususnya, pelbagai ragam yang korang boleh tengok terutamanya ketika hendak membuat pembayaran. Sebenarnya boleh je bersedia daripada awal, tapi bila tiba waktu nak bayar, barulah nak korek handbag, nak cari dompet malah ada yang tak tahu di mana letaknya duit dalam beg sendiri.

Sumbat selagi boleh, habis semua barang nak dimasuk dalam handbag.

Tidak dinafikan, perkara sebegini berlaku apabila terlalu banyak barang yang ‘disumbat’ dalam handbag sehingga sukar nak ‘jejak’ barang-barang penting seperti kad pengenalan diri, lesen dan juga wang.

Disebabkan ragam inilah, sesuatu urusan di kaunter menjadi lambat sehingga menyebabkan pelanggan yang lain terpaksa menunggu lama. Iya lah, dah la kena baris panjang, tunggu giliran pun lama, kena tunggu orang cari duit dalam handbag pulak. Kalau dah jadi begini, mula lah ada yang tak puas hati malah ada yang pandang sinis terhadap orang tersebut. Tapi mujurlah belum ada kes kena belasah sebab berurusan di kaunter terlalu lama.

Seperti wanita ini, bila dah nak bayar barulah kalut nak cari wang dalam handbag. Apa tidaknya, setelah petugas nyatakan amaun yang perlu dibayar, cari duit dalam handbag tapi ‘lesap’ entah kemana. Mungkin tidak ‘cucuk’ terlebih dahulu atau tersorok di sebalik pelbagai barangan dalam beg tersebut. Gelabah dibuatnya urusan hampir nak selesai, tiba-tiba wang lesap. Sepatutnya urusan tersebut sudah boleh selesai lebih awal, tapi disebabkan ragamnya yang tidak bersedia terlebih dahulu, membuatkan orang lain juga terpaksa menunggu dengan lebih lama.

Namun begitu, perkara sebegini sebenarnya boleh dielakkan dengan membuat pembayaran dengan mudah dan cepat secara cashless menggunakan kad ATM MyDebit korang. Selain daripada itu, seperti korang semua sudah tahu, perkembangan teknologi pada masa kini telah banyak memudahkan urusan harian kita. Korang tak perlu bersusah-payah beratur, urusan pembayaran juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan atas talian melalui FPX, JomPAY dan DirectDebit. Sekelip mata urusan korang boleh selesai.

Lebih menarik lagi, kalau korang berurusan menggunakan pembayaran secara cashless, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan. Korang confirm tak sangka dengan hanya menggunakan perkhidmatan seperti MyDebit, FPX, JomPAY dan DirectDebit boleh bawa pulang Proton X70, Perodua MyVi 1.3, Yamaha Y15ZR dan juga telefon pintar.

Korang juga tak perlu risau sekiranya berurusan di kaunter kerajaan, kerana di sana juga menyediakan perkhidmatan ini. Untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa pelanggan, perkhidmatan ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak. Jadi, korang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut di 14 agensi kerajaan yang terpilih seperti di dalam senarai.

  1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
  2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  10. Kehakiman (Mahkamah)
  11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
  13. Jabatan Insolvensi M’sia (MdI)
  14. Jabatan Ukur dan Pemetaan M’sia (JUPEM)

Kenapa perlu susah-susah sediakan cash sedangkan korang boleh buat pembayaran atas talian ataupun cashless. Tak perlu nak ke mesin ATM terlebih dahulu untuk keluarkan duit tambah-tambah lagi kawasan mesin tersebut terletak di tempat yang sesak, nak parking pun susah jumpa. Jadi, memang terbuktilah yang cashless ni boleh jimatkan masa korang dan juga orang lain. Petugas di kaunter pun tenang, pelanggan lain dapat berurusan dengan cepat dan korang pun pasti akan lega sekiranya urusan telah selesai tanpa gangguan.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa