Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Waspada Beli Barang Kemas Dalam Talian, Ini Cara Nak Semak Akaun Penjual Sebelum Buat Transaksi

Perhiasan atau barang kemas merupakan barang yang sangat disukai oleh kebanyakan wanita. Sememangnya telah menjadi lumrah wanita menyukai perhiasan, ramai yang sanggup menghabiskan wang dengan nilai yang tinggi bagi mendapatkan barangan kemas yang diimpikan.

Selain terus ke kedai emas atau mana-mana kedai perhiasan, jualan barang kemas dalam talian juga semakin rancak di mana-mana platform media sosial. Namun begitu, harus diingatkan kepada semua orang agar berwaspada membeli barang kemas di dalam talian.

Menurut infografik dikongsikan Bernama, penipuan barangan tidak wujud pada 3 bulan pertama 2021 catat kes paling tinggi sejak 2019. Dengan 37 kes dilaporkan, sebanyak RM239,530 kerugian yang dialami sejak Januari sehingga Mac 2021.

Gambar: Bernama

Walaupun begitu, orang ramai boleh mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian dengan membuat semakan terlebih dahulu. Seperti yang dikongsikan Bernama, orang ramai boleh menyemak ketulenan transaksi dan pastikan urusan pembelian dilakukan melalui perjanjian dan kaedah yang diperakui.

Orang ramai boleh menggunakan pautan di bawah untuk semak akaun dan talian telefon digunakan penjual sebelum membuat transaksi.

https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Setelah melayari pautan ini, pengguna hanya perlu masukkan nombor akaun bank atau nombor telefon penjual untuk membuat semakan.

Sumber: Bernama