Siakap Keli

Individu Tunai Umrah Tanpa Permit Di Bulan Ramadan Tahun Ini Berdepan Denda RM 11,000

Satu laporan berita menyebut bahawa Arab Saudi bakal memperkenalkan peraturan baru berkaitan umrah, sebagai usaha untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19.

Menurut portal SPA.GOV.SA, sesiapa yang didapati  menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tanpa permit sah akan dikenakan denda SR10,000 (RM11,000). Manakala pengunjung yang ditangkap cuba memasuki perkarangan Mekah untuk berdoa akan didenda SR1,000 (RM1,100).

Hukuman ini akan dilaksanakan sehingga wabak COVID berakhir dan norma kehidupan kembali biasa.

Sumber itu meminta warga penduduk mematuhi semua arahan yang menghendaki mereka yang ingin menunaikan umrah atau solat di Mekah untuk mendapatkan izin terlebih dahulu.

Anggota keselamatan akan menjalankan tugas mereka di semua jalan iaitu di pusat pemeriksaan keselamatan,  kawasan serta koridor yang menuju ke kawasan tengah sekitar Mekah bagi mengelakkan sebarang percubaan melanggar peraturan yang berlaku.

sumber: SPA

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.