Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Lelaki 32 Tahun Dan Perempuan 35 Tahun Antara 5 Kes Kematian COVID-19 Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini memaklumkan bahawa terdapat 5 kes kematian baharu berkaitan COVID-19. Kelima-lima kes tersebut telah menjadikan jumlah kes kematian yang dilaporkan sehingga 9 April adalah 1313 kes.

Lima kes kematian pada hari ini melibatkan 3 warganegara dan 2 bukan warganegara yang berumur dalam lingkungan 32 tahun hingga 69 tahun. Antaranya ialah kes kematian yang ke 1312 melibatkan seorang lelaki berumur 32 tahun. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang dan mempunyai latar belakang penyakit imuniti rendah.

Ke yang ke 1309 pula melibatkan seorang perempuan berusia 35 tahun. Dia dilaporkan meninggal di Hospital Tawau dengan mempunyai latar belakang penyakit asma dan obesiti.

Antara kes kematian yang lain boleh dirujuk menerusi ringkasan di bawah.

Gambar: Kenyataan Akhbar KPK 9 April

Sumber: Kenyataan Akhbar KPK 9 April

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.